IPOH: Kerajaan Perak disaran memberi perhatian terhadap sektor pelancongan Muslim yang mempunyai potensi besar merancakkan kehadiran pelancong ke negeri ini menjelang Tahun Melawat Perak 2024.
Pendakwah terkemuka, Datuk Mohammad Kazim Elias berkata, pelancongan Muslim semakin mendapat perhatian ramai malah di hampir 2,000 pengunjung dari seluruh negara hadir setiap minggu untuk turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan.
Menurutnya, kehadiran pelancong ini harus diambil perhatian kerana secara langsung membantu merancakkan ekonomi setempat dan negeri jika institusi pendidikan seperti Al-Barakah diberikan pengiktirafan.
"Setiap tahun kita anggarkan kira-kira 100,000 orang berkunjung ke Pusat Pendidikan Al-Barakah ini, bukan sahaja dari seluruh negara malah ada juga dari Singapura, Thailand dan sebagainya.
"Jadikan pembangunan insan sebagai model pelancongan. Ia mampu menjana pendapatan setempat apabila pelancong sewa homestay, sewa hotel dan sebagainya. Bila kerajaan negeri menjadikan ini sebagai prospek pelancongan, ia akan buka mata kepada industri untuk bekerjasama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Gugusan Manjoi dekat sini pada Sabtu.
Mohammad Kazim berkata, sebelum ini Gugusan Manjoi pernah dicadangkan untuk menjadi hab pelancongan Muslim di Bandaraya Ipoh disebabkan Pusat Pendidikan Al-Barakah menjadi tumpuan orang ramai.
Jelasnya, banyak manfaat diperoleh negeri ini jika institusi pendidikan seperti Al-Barakah diangkat sebagai salah satu lokasi pelancongan utama dan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah berkata, pelancongan Muslim itu bukan sahaja menarik perhatian orang Islam tetapi turut memberikan pengalaman baharu kepada bukan Islam.
"Pernah kita terima pelancong bukan Islam dari Cameron Highlands bawa sayur bagi kepada saya. Apa salahnya kita jadikan pusat pendidikan ini sebagai pusat integrasi kaum. Apabila sebut pelancongan, semua kaum akan datang.
"Kita harap kerajaan negeri dapat memandang serius mengenai perkara ini bagi memastikan sektor pelancongan di Perak terus berkembang selain tarikan tempat-tempat menarik sedia ada," katanya.
Dalam pada itu, beliau yakin usaha dilakukan pihaknya akan turut menarik minat institusi pendidikan Islam lain melaksanakan transformasi menarik pelancong ke premis mereka jika kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada sektor pelancongan Muslim.
Beliau juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan masyarakat dan negeri terutama dalam sektor pelancongan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 09 2023
Mohammad Kazim berkata, sebelum ini Gugusan Manjoi pernah dicadangkan untuk menjadi hab pelancongan Muslim di Bandaraya Ipoh disebabkan Pusat Pendidikan Al-Barakah menjadi tumpuan orang ramai. - Gambar/ Sinar Harian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Tiada arahan halang individu tertentu beri kuliah di Pulau Pinang - Exco
Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.
Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.
'Beri perhatian sektor pelancongan Muslim' - Ustaz Kazim
Kerajaan Perak disaran memberi perhatian terhadap sektor pelancongan Muslim yang mempunyai potensi besar merancakkan kehadiran pelancong ke negeri ini menjelang Tahun Melawat Perak 2024.
Menimba ilmu agama di sekolah pondok pilihan warga emas
Sejak kebelakangan ini, ramai warga emas memilih untuk tinggal di sekolah pondok.
PRU15: Umum calon BN mungkin punca larangan berceramah di Pulau Pinang - Ustaz Kazim
Ustaz Kazim Elias tidak menolak kemungkinan pengumuman awal beliau sebagai calon BN PRU15 mungkin menjadi antara punca larangan berceramah di Pulau Pinang.
Ustaz Kazim sudah sihat, muka tidak lagi luka, berdarah
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya.
PRU15: Demi wasiat ibu, maafkan saya - Ustaz Kazim
Ustaz Kazim memohon maaf kepada pengundi dan penyokong Barisan BN di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital
Doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.
Ustaz Kazim dibenarkan keluar dari hospital
Adiknya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.